ILMU TAJWID: Lam Sukun / Lam Alif
Subscribe in a reader


Download Nadzom Maksudah

Download Belajar Tajwid
Mohon maaf pakai Bahasa Inggris translate Google, untuk Bahasa Indonesia klik di daftar isi blog sesuai judul!.
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lam Sukun / Lam Alif

Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif( لام التعريف )atau Lam( ال ), Lam Fi'li( لام الفعل )dan Lam Harfi( لام الحرف ).

1. Lam( ال )iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim).
Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( الأرض )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti( الذين )menyebabkan penambahan Alif Lam( ال )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya. Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( الذي )dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( واليسع )dan( الأن ).

2. Lam Qamariah( اللام القمرية )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:( ابغ حجك وخف عقيمة ).
Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.

3. Lam Syamsiah( اللام الشمسية )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair: ( طب ثم صل رحما تفز ضف ذا نعم دع سوء ظن زر شريفا للكرم ).
Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.

0 comments:

DOA-DOA

STUDY BLOG

Bersillaturrahmi Yu!, Memanfaatkan Fasilitas Face Books,
Download Belajar Tajwid

  © Yu kita belajar 2008

Kembali ke Atas