ILMU TAJWID: Hukum Baris Hamjah
Subscribe in a reader


Download Nadzom Maksudah

Download Belajar Tajwid
Mohon maaf pakai Bahasa Inggris translate Google, untuk Bahasa Indonesia klik di daftar isi blog sesuai judul!.
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hukum Baris Hamjah

1. Hukum Hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال )takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya:( الحمد لله رب العالمين - الرحمن الرحيم )

2. Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu( الفعل الماضي ).
Contohnya:( ارجع إليهم) (استكبارا في الأرض) (ادفع بالتي هي أحسن ).
Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( اسم - اثنتين - امرأة - امرؤ - ابنة - ابن ).
Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.

3. Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan. Contohnya:( اركض برجلك - ادع إلي سبيل ربك )

4. Hukum Hamjah gugur/sukun
Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan. Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimah contohnya:( والله - وبالحق ), ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas. Keadaan ini terdapat pada tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:- Pertama:( أتخذتم )dari firman Allah( قل أتخذتم عند الله عهدا ).
Kedua:( أطلع )dari firman Allah( أطلع الغيب أم أتخذتم عند الله عهدا ).
Ketiga:( أفترى )dari firman Allah( أفترى على الله كذبا ).
Keempat:( أصطفى )dari firman Allah( أصطفى البنات على البنين ).
Kelima:( أتخذناهم )dari firman Allah( أتخذناهم سخريا أم زاغت عنهم الأبصار ).
Keenam:( أستكبرت )dari firman Allah( أستكبرت أم كنت من العالين ).
Ketujuh:( أستغفرت ) dari firman Allah( سواء عليهم أستغفرت أم لم تستغفر لهم ).
Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.

0 comments:

DOA-DOA

STUDY BLOG

Bersillaturrahmi Yu!, Memanfaatkan Fasilitas Face Books,
Download Belajar Tajwid

  © Yu kita belajar 2008

Kembali ke Atas